PROGRAM FROM TRASH TO TREASURE

Program “From Trash to Treasure” anjuran pelajar UNISEL bertemakan “Menghidupkan Semula Barangan Terpakai” dilaksanakan pada 4 Julai 2025 di Laluan Kafe, UNISEL Shah Alam. Melalui pameran kraf kitar semula, aktiviti interaktif, dan edaran risalah, program ini mempromosikan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kalangan pelajar. 

“Menghidupkan Semula Barangan Terpakai”

Tujuannya adalah meningkatkan kesedaran alam sekitar, kreativiti, dan sikap berjimat cermat di kalangan pelajar. Program ini berjaya menarik minat peserta serta memberi impak positif terhadap pemahaman kelestarian.