PROGRAM: Recycle & Swap Booth: Pulangkan Nilai Kepada Sisa

DATE: 8 Julai 2025

LOCATION: Laluan Kafe, UNISEL Kampus Shah Alam

Program “Recycle & Swap Booth” telah berjaya mencapai objektif utamanya dengan penglibatan seramai 30 orang pelajar dalam usaha mempromosikan kesedaran terhadap amalan kitar semula dan gaya hidup lestari. Aktiviti ini bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal melalui kutipan bahan kitar semula, malah turut menyemai nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar melalui sumbangan kepada badan kebajikan.

Maklum balas yang diterima daripada para peserta adalah amat positif, dan mereka menyatakan bahawa mereka kini lebih memahami serta menghargai konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam kehidupan seharian. Pihak penganjur berharap agar program ini dapat menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif hijau di Universiti Selangor (UNISEL), dengan sokongan berterusan daripada pihak universiti serta para pelajar pada masa akan datang.