PROGRAM: Hari Fesyen Lestari
DATE: 26 June 2025
LOCATION: Laluan Kafe, UNISEL Kampus Shah Alam
Program “Hari Fesyen Lestari” yang diadakan pada 26 Jun 2025, adalah bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fesyen mesra alam dan masa depan yang harmoni. Program yang berlangsung di laluan ke kafe Universiti Selangor kampus Shah Alam, adalah tentang meningkatkan kesedaran tentang kesan industri fesyen terhadap alam sekitar dan menggalakkan pilihan fesyen bertemakan mesra alam. Aktiviti yang diadakan adalah seperti bengkel DIY di mana pelajar mewarnai pakaian lama dan pertandingan fesyen bagi membolehkan pelajar menonjolkan kreativiti mereka dengan barangan kitar semula.
Program ini juga dapat meningkatkan semangat masyarakat dan kewajipan sesama kita untuk menjaga alam sekitar, menggunakan kaedah yang menyeronokkan dan berpasukan, walaupun berdepan dengan cabaran atau permasalahan.


