PROGRAM: JOM KOMPOS! – Baja Organik dari Sisa Makanan
DATE: 15 Jun 2025
LOCATION: Pantai Remis, Selangor
Program “JOM KOMPOS! – Baja Organik dari Sisa Makanan” telah dianjurkan oleh pelajar UNISEL pada 15 Jun 2025, jam 3.00 petang hingga 7.00 petang di Pantai Remis, Selangor. Bertemakan “Ke Arah Gaya Lestari dan Mesra Alam”, program ini bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan sisa makanan untuk menghasilkan baja kompos. Selain itu program ini juga mempromosikan manfaat kompos kepada alam sekitar, seperti mengurangkan sisa makanan dan daun kering yang dibuang. Program ini juga berperanan sebagai platform Pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup lestari dan mesra alam.


