PROGRAM: Challenge 100 : Green Target
DATE: 9 Februari 2026
LOCATION: UNISEL, Kampus Bestari Jaya, Selangor
Program Challenge 100, Green Target anjuran pelajar MPU3472 di Universiti Selangor (UNISEL) bertujuan meningkatkan kesedaran kitar semula dan kelestarian alam sekitar dalam kalangan komuniti kampus. Dilaksanakan pada 9 Februari 2026 di Laluan Kafe UNISEL, program ini mensasarkan pengumpulan 100 botol plastik dan berjaya mengumpul 103 botol. Hasil jualan disumbangkan kepada golongan memerlukan. Program ini memberi impak positif terhadap perubahan sikap, tanggungjawab sosial, serta mengukuhkan imej universiti sebagai institusi prihatin alam sekitar.


