PROGRAM: Eco Rangers Treasure Trail “Solve The Trail, Save Planet”
DATE: 20 Januari 2026
LOCATION: Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, Selangor
Pada 20 Januari 2026, suasana yang hangat dan penuh ceria memenuhi perkarangan Sekolah Kebangsaan Abdul Samat, apabila program Eco Rangers Treasure Trail “Solve The Trail, Save Planet” yang dianjurkan oleh Kumpulan 1 (A), MPU 3472 Green Awareness and Sustainability. Program ini bertujuan menyemai kesedaran awal dalam kalangan murid sekolah tentang kepentingan memelihara alam sekitar didalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti seperti pengasingan sampah mengikut warna tong sampah, mengenal pasti barang yang boleh dikitar semula dan mengetahui cara-cara untuk menyelamatkan alam sekitar, telah dijalankan bagi menarik minat dan kefahaman mereka terhadap kelestarian alam. “Solve The Trail, Save Planet”, ini bukan sahaja meningkatkan minat dan kefahaman kepada murid sekolah, malah dapat mengukuhkan hubungan antara pelajar Universiti dan komuniti setempat dalam usaha melahirkan generasi yang lebih prihatin terhadap alam sekitar.


