PROGRAM: Panggung Ceria Lestari: Misi Wira Bumi
DATE: 29 Januari 2026
LOCATION: Cleverland Playschool, Alam Budiman, Selangor
“Panggung Ceria Lestari: Misi Wira Bumi” merupakan sebuah program kesedaran alam sekitar yang telah dijalankan di Cleverland Playschool dengan penglibatan seramai 8 orang peserta yang berumur antara 3 hingga 6 tahun. Bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan aktif kanak-kanak, program ini dimulakan dengan tayangan klip animasi filem “The Lorax”, ringkas bertemakan penjagaan alam sekitar, diikuti dengan sesi soal jawab secara interaktif.
Selain itu, para peserta turut menyertai aktiviti kreatif menghasilkan lencana “Wira Bumi” bagi merangsang imaginasi dan minat mereka terhadap penjagaan alam sekitar. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awal tentang kepentingan alam sekitar serta menggalakkan amalan yang sihat dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan, selamat dan bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak.


