PROGRAM: Recycle Box Kids Fun Day : Kitar Semula. Cipta & Seronok!

DATE: 29 Januari 2026

LOCATION: Tadika Al-Baghdadi (TAB) Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

Program “Recycle Box Kids Fun Day: Kitar Semula, Cipta & Seronok!” telah dilaksanakan pada 29 Januari 2026 di Tadika Al-Baghdadi, Seksyen 7. Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal konsep 3R melalui aktiviti kreatif yang interaktif. Peserta didedahkan dengan cara inovatif mengitar semula kotak tisu terpakai menjadi kraf tangan yang menarik. Aktiviti “Kotak Saya, Cerita Saya” turut dianjurkan bagi membina keyakinan diri dan kemahiran bercerita. Inisiatif ini berjaya memupuk kesedaran alam sekitar serta mengasah kreativiti kanak-kanak melalui pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang menyeronokkan.