29 Jan

Recycle Box Kids Fun Day : Kitar Semula. Cipta & Seronok!

Program “Recycle Box Kids Fun Day: Kitar Semula, Cipta & Seronok!” telah dilaksanakan pada 29 Januari 2026 di Tadika Al-Baghdadi, Seksyen 7. Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal konsep 3R melalui aktiviti kreatif yang interaktif. Peserta didedahkan dengan cara inovatif mengitar semula kotak tisu terpakai menjadi kraf tangan yang menarik. Aktiviti “Kotak Saya, Cerita Saya” turut dianjurkan bagi membina keyakinan diri dan kemahiran bercerita.